TENTANG RAMADHAN

By Norhalimah Amd.Keb - 12.28


1.Ramadhan: Artinya panas terik
2. Bulan di turunkan Al-Qur'an dan disebut (syahru ramadhana)
3. Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4. Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5. Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6. Di pilih untuk ibadat puasa.
7. Di pilih untuk ibadah-ibadah lain (tadarus Al-Qur'an)
Kelebihan Bulan Ramadhan

(1) Kamu akan di naungi Ramadhan.
(2) Bulan penuh keberatan.
(3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
(4) Amal sunat sama dengan sholat fardhu.
(5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
(6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
(7) Bulan menambah rezeki,
(8) Memberi buka banyak pahala,
(9) Bulan keampunan.Do'a yang paling makbul yaitu do'a sebelum berbuka puasa.
Juga do'a pada sepertiga malam.
(10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,10 hari pertengahan - pengampunan,10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

(1) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
(2) Berazam melakukan solat Terawih sepanjang bulan
(3) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
(4) Solat berjemaah setiap waktu di masjid/surau
(5) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
(6) Sahur diwaktu akhir
(7) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
(8) Mandi Janabat sebelum Imsak
(9) Kurangkan tidur
(10) Banyakkan bersedekah
(11) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
(12) Jemput tetamu berbuka
(13) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
(14) Elakkan berbelanja berlebihan
(15) Kuatkan kesabaran
(16) Banyakkan sholawat,istighfar, bertasbih
(17) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
(18) Tunaikan zakat fitrah

NUZUL Al-QUR'AN ( 17 Ramadhan )

Tarikh turunnya Al-Qur'an
Beramallah di malamnya dgn solat malam dan amal2 yg baik

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-baik bulan penuh keberkahan,pengajaran,mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia.Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah.Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang..

  • Share:

You Might Also Like

0 komentar

Silahkan Tinggalkan komentar anda...